Trip Bajet ke Fukuoka (Part 1)

ITENARI DI FUKUOKA (DAY 1 & 2)

Hi guys! I'm back! (MY YOUTUBE CHANNEL)

Entri kali ni Hana akan kongsikan itenari dari 11 Julai 2019 - 12 Julai 2019 (Day 1 & Day 2). Untuk pengetahuan korg, kiteorg travel musim panas. Musim panas dekat sana tak panas sangat tapi ada satu hari tu hujan sampai petang. Tema kiteorg untuk travel kali ni "Slow, Steady & No Rushing". haha.

Untuk korg yang terlepas dengan tips-tips penting di/ke Fukuoka, korg boleh klik link ni: Tips-Tips

So, let's start our journey trip!

DAY 1 (11 JULAI 2019)
- Flight dari KLIA2 ke Fukuoka International Airport (Boarding @ 11:45 p.m.). Sepanjang dalam flight, kiteorg tidur. Yelah penat nak kejar flight kan!

Funny facts: Hana & adik Hana dah sampai dulu dekat KLIA2 & lg 20 minit kaunter drop luggage nak tutup. Kiteorg dah risau ni sebab tunggu-tunggu abg kiteorg tak muncul lagi. Call & whatsapp tak diangkatnya. Lagi buat kiteorg panik kan? Rupa-rupanya, dia missed out flight dari Senai ke KLIA2. Dia pandu dari JB ke sini dengan kereta. Jadi, persoalannya, berapakah kelajuan yang dipandu abg Hana? haha.

DAY 2 (12 JULAI 2019)
- Alhamdulillah, selamat tiba di bumi Fukuoka International Airport lebih kurang 8 pagi.
- Beli Nishitetsu Airport Bus Roundtrip Ticket dekat kaunter no. 2. Untuk pengetahuan korg, Nishitetsu ni nama syarikat bas. Kalau dekat Malaysia macam Transnasional. Tiket ni boleh guna untuk 2 orang (Airport ke Hakata Station untuk 2 orang) atau 1 orang (Airport ke Hakata Station & Hakata Station ke Airport).
- Ramai orang turun dekat Hakata Station sebab ada subway/bus station. (Kena alert tau!).
- Jalan kaki ke apartment kiteorg (Picolo Hakata) lebih kurang 10 minit. Drop luggage dekat receptionist & nanti diorg akan tolong check in luggage dalam apartment. Kalau korg nak tengok review Hana tentang apartment ni, klik link ni: Booking.com Review

*Jangan lupa koyakkan tiket siap-siap kalau korg nak guna untuk 1 org (pergi & balik). Sebabnya masa kiteorg turun bas, pak cik Jepun tu tak pulangkan 1 tiket kiteorg. Dia buat tak tahu je bila kiteorg mintak tiket balik. Jadi, kiteorg pasrah jela.haha

Sumber: Google

Untuk hari ke-2 ni, kiteorg hanya jalan kaki. Mungkin korg boleh pilih tempat yang kiteorg pergi untuk hari ke-2. Alang-alang kiteorg explore Hakata, kiteorg pergi semua tempat. Tapi, pastikan kaki korg bersedia tau.haha.Kalau korg tengok muka kiteorg untuk hari ke-2 ni memang letih. Yelah, tidur dalam flight pun tak sempurna kan! 

JOM IKUT KITEORG EXPLORE HAKATA!

TOCHOJI TEMPLE
- Kiteorg jalan kaki dari apartment ke Tochoji Temple ambil masa dalam 12 minit (900 meter).
- Temple ni one of the most popular dekat Fukuoka tau. 








RYUGUJI TEMPLE 
- Dari Tochohi Temple ke Ryuguji Temple ambil masa dalam 3 minit (240 meter).
- Temple kecik.


MANGYOJI TEMPLE 
- Dari Ryuguji Temple ke Mangyoji Temple ambil masa dalam 4 minit (270 meter).



KUSHIDA SHRINE
- Dari Mangyoji Temple ke Kushida Shrine ambil masa dalam 1 minit (100 meter).
- Masa kiteorg travel Fukuoka ni, ada Gion Festival. Perayaan ini diadakan setiap tahun (bulan Julai). 7 Daerah Hakata akan bertanding & angkat tandu berhias sepanjang 5 km. Jauh kan? Jadi, sepanjang kiteorg jalan-jalan dekat sana, selalu nampak diorg berlatih & berlari. Masa pertandingan waktu tu 15 hb pukul 5 pagi. Pak cik Jepun dekat sini ada jugak ajak datang tengok pertandingan. Tapi, tak sempat nak tengok. Tak larat nak bangun awal. haha.












HAKATA TRADITIONAL CRAFT AND DESIGN MUSEUM
- Dari Kushida Shrine ke Hakata Traditional Craft and Design Museum ambil masa dalam 1 minit (100 meter).
- Dekat sini banyak jual kraftangan Jepun. Cantik guys!




KAWABATA SHOPPING ARCADE CENTRE
- Dari Hakata Traditional Craft and Design Museum ke Kawabata Shopping Arcade Centre ambil masa dalam 6 minit (450 meter).
- Shopping dekat Jepun semua, memang reka bentuk macam ni. Design yang sama. 
- Sini macam-macam ada kedai buah, souvenier, baju traditional Jepun & 2nd hand shop pun ada guys. Rambang mata kiteorg. Paling best, korg try buah ceri dekat sini. Sedap!

Salah satu cafe berhampiran Kawabata


Wefie from us:-) Muka masing-masing tak cukup tidur.

Ini lah tandu berhias. Korg boleh nampak macam-macam jenis tandu kalau korg travel waktu Festival Gion.

CANAL CITY SHOPPING CENTRE
- Dari Kawabata Shopping Arcade Centre ke Canal City Shopping Centre ambil masa dalam 6 minit (450 meter).
- Yang menariknya dekat sini, korg boleh tengok Musical Water Fountain setiap 1 dengan musik & 30 minit tanpa musik. Bermula pukul 10:00 pagi sampai 5:00 petang & 5:30 petang sampai 10:10 malam.

Otw ke Canal City.



Tempat 'WAJIB' bergambar


Bagi peminat One Piece, hah dekat sini ada jual accessories & komik One Piece. (Tingkat 1 atas Water Fountain)

Korg boleh beli mainan untuk anak @ anak buah ke dekat sini. Banyak pilihan tau.

YATAI @ FOOD STREET (NO HALAL FOOD)
- Selepas jalan dekat Canal City, kiteorg ingat nak cari tempat solat untuk jama'. Tapi, memang tak da ruang langsung. Sebab shopping dekat sini, tak da ruang belakang kedai macam dekat Malaysia. Laluan belakang kedai hanya untuk peniaga dekat sini. Jadi, kiteorg terpaksa balik ke apartment kiteorg untuk solat.
- Selesai solat maghrib dalam pukul 6:00 petang, kiteorg sambung jalan ke Yatai @ Food Street. Dekat sini memang tak halal la. haha. Bukan apa Hana saja nak tengok suasana malam sini. Yatai ni tepi sungai. Tapi pastikan korg hati-hati bila jalan dekat sini. Otw nak ke sini, ada kelab malam. So, a bit dangerous for ladies. 
- Gigih kan kiteorg? Sebenarnya Hana yang beriya-iya nak tengok Yatai ni macam mana. Kesian abg & adik Hana jalan jauh. Tapi, tak sia-sia diorg jalan, otw balik kiteorg beli telur untuk makan dengan roti. haha.
- Suasana malam dekat sini sepi sikit. Banyak kedai dah tutup pukul 9:00 malam.
- Dari Picolo Hakata ke Yatai ambil masa dalam 20 minit (2.4 km). Jauh kan?

Korg ni la Yatai nya.
Paling besar & tinggi
Ni lah club malam nya.

***Take note: Untuk ke Yatai ni, korg akan lalu 1 tempat (pub). Pub diorg memang setempat. Jadi, pastikan korg hati-hati k.

Jumlah tempat yang kiteorg pergi untuk hari ke-2 ni, ada 8 tempat. Nasib baik kiteorg gagah perkasa.haha. Korg boleh pilih tempat-tempat untuk hari ke-2 ni ikut siapa yang travel dengan korg. Ok?

Hah, sebelum terlupa, Hana ada disclaimer dekat sini. Mesti korg wonder kan, diorg ni asyik pergi temple je. Don't worry ok! Setiap negara mesti ada masjid. Follow itenari kiteorg untuk singgah & solat dekat situ. 

Jadi, macam mana dengan itenari Day 2 kiteorg? Ok tak?

Untuk next entri Hana akan kongsi itenari Day 3. Stay tuned guys! Bye korg!

Jangan lupa share, comment ok!

EXPENSES KITEORG HARINI UNTUK DAY 2 
= 500 YEN SAHAJA PER PERSON (KOS AIRPORT TRANSFER)








Comments

Popular posts from this blog

Tips ke Fukuoka, Jepun

Trip Bajet ke Fukuoka (Part 2)