Trip Bajet ke Fukuoka (Part 2)

ITENARI DI FUKUOKA (DAY 3)

Hi guys! I'm back! (MY YOUTUBE CHANNEL)

Untuk entri kali ni, Hana akan kongsikan itenari kiteorg di Fukuoka untuk hari ke-3.

Bagi korg yang terlepas dengan tips-tips ke/di Fukuoka, korg boleh klik link ni: Tips-tips

Bagi korg yang terlepas dengan itenari Hana di Fukuoka - Day 1 & Day 2, klik link ni: Itenari Day 1 & Day 2

Jom ikut Hana travel sekitar Fukuoka - Day 3 pulak!

DAY 3 (14 JULAI 2019)

Untuk hari ke-3 ni, hujan melimpahi bumi Fukuoka. Alhamdulillah! Hujan tak lebat tapi tak berhenti. Walaupun kiteorg sedih, tapi tak pe. Travel mesti diteruskan. Ye tak?

*Pengangkutan untuk hari ke-3 ni, kiteorg guna Fukuoka 1 Day Pass Subway. Korg boleh klik link ni: Pengangkutan

TENJIN UNDERGROUND MALL
- Dari Picolo Hakata ke Tenjin Underground Mall ambil masa dalam 18 minit (subway).
- Tempat ni shopping bawah tanah. Luas dan besar. Itu je. haha.




OHORI PARK
- Dari Tenjin Underground Mall ke Ohorikoen Subway Station ambil masa dalam 22 minit (subway).
- Sedikit sejarah mengenai Ohori Park, Ohori bermaksud parit. Kolam sekitar taman ni sebahagian daripada tempat peninggalan sejarah Fukuoka Castle. Taman ni dibuat selepas taman klasik di Tasik Barat dekat China. No wonder, senibina dia macam dekat China. 
- Kiteorg bergerak dari apartment pukul 10 pagi. Lambat sikit. Isi perut dulu. Bila perut sudah kenyang, baru boleh berjalan dengan senang hati. haha. Semalam pun sampai 8 tempat. Koyak jugak lutut kiteorg!
- Yang menariknya, scenery tempat ni sebijik macam cerita lama. BEST! 

Subway Station - Ohorikoen.




Jambatan menuju ke 'view' cantik.

Dah nampak guys! 

Wefie dulu!




Superman!!




MAIZURU PARK
- Dari Ohori Park ke Maizuru Park ambil masa dalam 1 minit (walk).
- Kalau korg travel musim bunga, cherry blossom akan banyak dekat sini. 



FUKUOKA CASTLE RUINS
- Dari Maizuru Park ke Fukuoka Castle Ruins ambil masa dalam 4 minit (350 meter) (walk).
- Korg jangan expect lebih tau Castle ni, sebab nama pun "Ruins" kan. Senibina Castle ni tinggal sikit-sikit. Macam Kota A'Famosa.
- Dekat sini ada 2 tempat, satu macam kubu. Satu lagi sedikit senibina Castle. Bagi yang bawak org ibu/ayah, tak digalakkan pergi kubu. 
- Kubu dekat sini korg boleh nampak scenery Fukuoka. Korg boleh nampak Fukuoka Tower jugak! TERBAIK! Tapi penat. haha..WORTH it, guys!



Tinggalan bangunan Fukuoka Castle.

Atas kubu Fukuoka Castle. Sini boleh nampak Fukuoka Tower guys! Tompok-tompok hujan dekat tudung. Hurm.

FUKUOKA TOWER
- Dari Maizuru Park ke Fukuoka Castle Ruins ambil masa dalam 4 minit (350 meter) (walk).
- Dari Fukuoka Castle Ruins ke Ohorikoen Subway Station, korg kena berjalan dalam 17 minit (1.0 km).
- Dari Ohorikoen Subway Station ke Nishijin Subway Station, ambil masa 4 minit.
- Dari Nishijin Subway Station ke Fukuoka Tower, korg kena berjalan lebih kurang dalam 25 minit (1.4 km). Part ni sakit kaki guys! Hana nasihatkan korg ambil bas dari Nishijin 4-chome ke Fukuoka Tower terus. Kalau tak, korg memang penat nak berjalan. haha.
- Tak pun, korg terus tengok Fukuoka Open Top Bus. Korg boleh tengok link ni: Fukuoka Open Top Bus
- Otw ke sini, ada Fukuoka City Museum, kalau korg berminat pergi muzium, korg boleh singgah.
- So, inilah tempat terakhir kiteorg untuk hari ke-3.
- Disebabkan kiteorg ambil subway, jadi kiteorg kena jalan kaki dalam 1 km ke stesen Nishijin Subway Station. Serius penat & sakit kaki. haha.

Jalan kaki menuju ke Fukuoka Tower selama 1.4 km. Mencabar dan penat tapi memang berbaloi!

Tempat wajib kan ambil gambar!

#Siblingslove

Korang boleh nampak ada pantulan bola dekat cermin. Menarik!

Tak sah kalau mana-mana menara tak da lock keychain kan!



Momochi Seaside Park. Kiteorg tak sempat pergi..


Tak sah la kalau tak gambar sorang-sorang dekat sini!


  
*Peace* Jom tidur! Kita sambung esok pulak ok?

The end of Day 3. Jadi, apa pendapat korg tentang itenari kiteorg? Best tak?

Untuk next entri Hana akan kongsi itenari Day 4. Stay tuned guys!

Jangan lupa share, comment ok!

EXPENSES KITEORG HARINI UNTUK DAY 3
= 1340 YEN SAHAJA PER PERSON 
  [(620 YEN, SUBWAY 1 DAY PASS) + (720 YEN, FUKUOKA TOWER)]




Comments

Popular posts from this blog

Trip Bajet ke Fukuoka (Part 1)

Tips ke Fukuoka, Jepun