Trip Bajet ke Fukuoka (Part 3)
ITENARI DI FUKUOKA (DAY 4)
Hi guys! I'm back! (MY YOUTUBE CHANNEL)
Stay safe semua! Mudah-mudahan COVID-19 ni cepat reda. Insha-Allah.
Untuk korg yang terlepas dengan tips-tips ke/di Fukuoka, korg boleh klik link ni: Tips-tips
Bagi korg yang terlepas dengan itenari Hana di Fukuoka - Day 1 & Day 2, klik link ni: Itenari Day 1 & Day 2
Dan juga, bagi korg yang terlepas dengan itenari Hana di Fukuoka - Day 3, klik link ni: Itenari Day 3
Jom ikut Hana travel sekitar Fukuoka - Day 4 pulak!
DAY 4 (15 JULAI 2019)
Untuk hari ke-4 ni, hujan agak lebat! haha. Tapi kiteorg redah je. Asal boleh.
*Pengangkutan untuk hari ke-4 ni, kiteorg guna Fukuoka 1 Day Pass Subway. Korg boleh klik link ni: Pengangkutan
ACROS FUKUOKA
- Dari Picolo Hakata ke Tenjin Station ambil masa dalam 17 minit (subway). Jalan kaki dalam 3 minit akan sampai ke Acros Fukuoka.
- Apa yang menarik dengan tempat ni? Architecture bangunan je. UNIK! Sangat cantik!
- Korg boleh la posing dekat sini. Disebabkan kiteorg nak jalan dekat tempat lain, jadi ambil gambar gitu2 je. haha.
YANAGAWA RIVER @ KYUSHU VENICE
- Dari Acros Fukuoka ke Yanagawa River ambil masa lebih kurang dalam1 jam (train: limited express).
- Jalan kaki selama 10 minit dari Tenjin Station ke Nishitetsu Fukuoka Station (train). Ambil train dari Nishitetsu Fukuoka Station ke Nishitetsu Yanagawa Station. Korg kena jalan kaki dalam 5 minit ke Yanagawa River.
- Apa itu Yanagawa? Yanagawa dikenali sebagai "the City of River". Lebih kurang macam Sungai Melaka.
- Tempat menarik:- Birthplace of Hakushu Kitahara & Ohana Villa.
- Ok, apa yg best sangat dekat sini? Scenery dia ala-ala dalam zaman dulu-dulu. Korg akan naik sampan. Tapi jangan risau sampan tu selamat untuk dinaiki. Pendayung sampan tu akan cerita asal usul sungai ni macam mana. Tapi, dalam bahasa Jepun la. haha..The BEST PART is korg akan dengar dia nyanyi lagu nostalgic. Ada certain pendayung akan lompat dekat tunnel. Tapi, kiteorg pendayung tak lompat pun.
- Ok, apa yg best sangat dekat sini? Scenery dia ala-ala dalam zaman dulu-dulu. Korg akan naik sampan. Tapi jangan risau sampan tu selamat untuk dinaiki. Pendayung sampan tu akan cerita asal usul sungai ni macam mana. Tapi, dalam bahasa Jepun la. haha..The BEST PART is korg akan dengar dia nyanyi lagu nostalgic. Ada certain pendayung akan lompat dekat tunnel. Tapi, kiteorg pendayung tak lompat pun.
- Orait, bagi korg tengok 'scenery' dekat sini pulak!
![]() |
Tiket naik sampan. |
![]() |
Pakej tiket train ke Yanagawa & Dazaifu. Memang jimat. |
![]() |
Suggestion: travel musim bunga akan nampak cantik. |
![]() |
Pendayung sampan ni lah akan nyanyi lagu nostalgic..But, it depends on who it is ok? |
![]() |
Eel is one of the famous food at Yanagawa. Not sure whether it's halal or not. |
![]() |
Seiyokan (Yanagawa Ohana) - the villa of Tachibana family which ruled Yanagawa from 1600 - 1868 |
![]() |
Ok guys! Jom ke Dazaifu pulak! |
DAZAIFU
- Dari Yanagawa ke Dazaifu ambil masa dalam 50 minit (train: limited express).
- Dari Yanagawa ke Dazaifu ambil masa dalam 50 minit (train: limited express).
*Funny facts:- Kiteorg terlepas station untuk transfer lane. Nasib baik kiteorg tak sampai penghujung stesen. Lagi 2 stesen je, dah nak sampai akhir stesen. haha.
# Take note: Korg kena transfer train dekat Futsukaichi untuk ke Dazaifu.
- Dazaifu ni kota pentadbiran Kyushu hampir 500 tahun pada abad 7-8.
- Macam biasala dekat sini ada temple. Korg boleh tengok budaya diorg macam mana.
- 'BEST FOOD' dekat sini MOCHI. Banyak kedai jual mochi dekat sini. Mochi ni diperbuat daripada tepung pulut. Inti mochi adalah kacang.
![]() |
Dazaifu Shrine. |
![]() |
#Siblingsloveagain |
Comments
Post a Comment